Tahun ini merupakan tahun cukup bermakna
bagi kami sekeluarga.
Kami telah beraya di rumah baru!
(Kisah rumah ni tunggu pada masa akan datang yea kawan2x)
Suasana dilorong rumah kami sunyi
sebab ramai yang balik beraya serta banyak lagi rumah
yang masih belum didiami.
Suasana baru
Surau (a.k.a Masjid) telah dijadikan tempat untuk solat raya di sini.
Ziyad girang berbaju raya untuk solat raya

Selepas solat raya kami mengikuti majlis tahlil.
Selepas itu ada jamuan raya disediakan pula.
Juadah kegemaranku dihidangkan!
Lemang & Rendang... nyum3x
(Nampak gayanya, acara ini bakal menjadi acara tahunan kami sekeluarga di sini, hi3x)

Anyway, Salam Fitrah untuk semua!

Tahun depan...
ramai yang bakal mengunjung rumah ini, kih3x






























